Connect with us

Oh! Media

Gadis Nekad Buat Laporan Polis Selepas 12 Tahun Dicabul Bapa Kandung Sendiri

Trending

Gadis Nekad Buat Laporan Polis Selepas 12 Tahun Dicabul Bapa Kandung Sendiri

Seorang gadis tampil membuat laporan polis setelah menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandungnya sendiri selama 12 tahun.

ADVERTISEMENT

Laporan remaja berusia 18 tahun itu diterima oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata mangsa mendakwa dicabul oleh bapa kandungnya di ruang tamu rumah di Taman Seri Delima, petang selasa lalu.

“Menurut mangsa, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dia didatangi bapanya yang kemudian memasukkan tangan ke dalam seluar dalam lalu meraba kemaluannya.

“Ketika itu ibu mangsa berada di dalam bilik air dan apabila ibunya keluar, bapa mangsa terus memberhentikan perbuatannya itu. Sebelum ini, mangsa memberitahu dia dicabul dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan bapanya sejak berusia enam tahun.

“Perkara itu berlaku hampir setiap hari, selain mangsa pernah diliwat oleh bapanya ketika berusia 15 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Remaja itu berkata, dia sudah tidak tahan dengan perbuatan terkutuk bapanya itu dan terus membuat laporan selepas kejadian yang terbaru menimpanya.

“Mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik sebelum ini tidak pernah melaporkan perkara itu kerana trauma dan takut dengan bapanya, selain tidak mahu menjejaskan hubungan antara kedua ibu bapanya. Jadi dia sanggup merahsiakan perbuatan terkutuk bapanya itu,” katanya.

Shafee berkata, susulan laporan diterima polis ke rumah mangsa, bagaimanapun suspek berusia 45 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang dipercayai melarikan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Polis kini sedang mengesan suspek, termasuk mengambil lima barangan kes di rumah mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : BeritaHarian

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas