Connect with us

Oh! Media

Gadis Kesal Dituduh Melayan Tentera, Cerita Situasi Sebenar Yang Terjadi

jilat jari

Oh! Tidak

Gadis Kesal Dituduh Melayan Tentera, Cerita Situasi Sebenar Yang Terjadi

Baru-baru ini kecoh di media sosial perlakuan tidak senonoh seorang lelaki berpakaian uniform tentera dipercayai telah mencabul pekerja kedai vape.

ADVERTISEMENT

BACA:Padah Jilat Tangan Pekerja Kedai Vape, Tentera Ditahan

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Keramat, Ampang itu, mangsa mendakwa suspek secara tiba-tiba memegang serta menjilat tangannya.

Perkara itu semestinya meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. Namun ada pula netizen yang menuduh mangsa melayan apabila tidak melawan.

Mangsa walau bagaimanapun menafikan dakwaan dan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Menurut mangsa, ketika kejadian dia mengalami serangan panik di mana tangannya menggeletar akibat ketakutan.

Perkara tersebut dikongsikan mangsa menerusi Instagram sebelum diulang siar pengguna TikTok, @cajaanee.

tentera

Dakwa mangsa lagi, sebelum beredar suspek ada bertanyakan di mana tandas dan mengajaknya ke tandas bersama-sama. Pada ketika itu, mangsa cuba menghubungi abang untuk mendapatkan bantuan.

cabul

Jelas mangsa lagi, dia bersyukur kamera litar tertutup (CCTV) ada merakam perbuatan tidak senonoh itu. Malah, dia turut menyertakan bukti rakaman di mana dia menangis teresak selepas suspek beredar.

Aku tak mampu nak puaskan hati netizen. Kalau time tu phone connect dengan CCTV, mesti hampa boleh dengar suara aku teriak tersedu-sedu.

Tambah mangsa lagi, dia tidak dapat memaafkan tuduhan kononnya dia sendiri rela diperlakukan sedemikian.

@cajaanee

Nak baca pause okey👌🏼 be safe everyone stop sexual harasement! Spread this video ##fyp ##foryoupage ##masukberanda ##fypシ゚viral ##viral2021 ##xyzbca

♬ hero edited – Fish_vd

Apa-apa pun budaya menyalahkan mangsa tidak sepatutnya berlaku. Orang ramai hendaklah memberi sokongan moral supaya mangsa mampu bangkit daripada episod hitam.

Kredit: TikTok @cajaanee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top