Connect with us

Oh! Media

Gadis Dakwa Jadi Pemuas Nafsu Bapa Gara-Gara Tidur Sebilik Dari Kecil

Trending

Gadis Dakwa Jadi Pemuas Nafsu Bapa Gara-Gara Tidur Sebilik Dari Kecil

Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan perbuatan terkutuk bapa rogol anak sendiri untuk memuaskan nafsu. Sosok bapa yang sepatutnya menjadi pelindung dan tempat mengadu rupa-rupanya tidak selamat buat anak.

ADVERTISEMENT

BACA: Bapa Terima Balasan Selepas Merogol Anak Kandung Sampai Hamil

Seperti video viral di TikTok ini, seorang pengguna yang dikenali sebagai syaasari5 berkongsi kisah yang diterimanya di ruangan mesej peribadi berkenaan gadis yang ‘diratah’ bapa sendiri. Mangsa dipercayai diajar tidur sebilik dengan ibu bapa sejak kecil.

Trauma seumur hidup

https://www.tiktok.com/@_syaasari5/video/6982533295607221530?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6982533295607221530&refer=embed

Aku dapat satu DM dari 2 girl yang mengalami trauma seumur hidup disebabkan tidur dengan parents. Lepas aku baca aku nak maghrib hati tak boleh fokus solat aku.

Disebabkan dia tidur dengan mak ayah dia sampai besar timbul satu isu ‘ayah rogol anak’. Nak tahu apa mak dia buat bila dia mengadu? Mak dia ignore, tu yang buat air mata aku gugur weh.

Dan lagi sorang tu dia jadi ketagih sehingga sekarang bila tak dapat dia jadi emosi. Korang suka ya seksa batin anak korang.

Lebih menyedihkan apabila ibu langsung tidak ambil peduli apabila mangsa mendedahkan perbuatan keji bapa merogolnya. Menurutnya lagi, masa depan mangsa bukan sahaja sudah rosak malah mangsa terpaksa berdepan dengan trauma seumur hidup.

Di ruangan komen, netizen berpendapatkan sangat penting untuk ibu bapa memisahkan tempat tidur dengan anak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Tidak kurang juga yang menyeru mangsa agar melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa agar hukuman setimpal dapat dikenakan.

Kredit: _syaasari5

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas