Connect with us

Oh! Media

Filem #HappyBeautifulYear 2021 Raih Lebih 3 Juta View Dalam 3 Hari

Trending

Filem #HappyBeautifulYear 2021 Raih Lebih 3 Juta View Dalam 3 Hari

Memasuki tahun baru dengan harapan dan cita-cita baru dalam meneruskan kejayaan kempen tahunan Tahun Baru Cina #HappyBeautifulYear dalam norma baru, Watsons Malaysia menjanjikan lebih banyak kegembiraan tahun ini kepada para ahli Watsons yang setia dengan jualan perayaan sehingga 50% sempena Tahun Baru di rangkaian kedai Watsons seluruh negara dan juga di laman digital.

ADVERTISEMENT

Watsons melancarkan filem yang dinanti-nantikan sempena Tahun Baru Cina dengan mesej utama iaitu kebersamaan dan kekeluargaan.

Filem yang menampilkan barisan pelakon terkenal di Malaysia, filem #HappyBeautifulYear 2021 Watsons Malaysia ini pasti menanamkan rasa semangat perpaduan, sayang dan nostalgia.

Filem Watsons #HappyBeautifulYear 2021 dilancarkan secara rasmi di saluran media sosial Watsons di Facebook, YouTube dan Instagram.

Tampil dalam filem tersebut termasuklah rakan-rakan selebriti Watsons seperti Danny Ahboy, Jenn Chia, Lizz Chloe, Hanxiiaoaii, Okokokmou, Summer Grace Sisters, Cian Teng, Amber Chia, Smashpop dan juga Duta Watsons, Ayda Jebat dan Jinnyboy.

Sejak dilancarkan pada 22 Januari lalu, filem ini telah mendapat lebih 2 juta tontonan di Youtube! Kisah konflik adik beradik Liu Lian akhirnya bertaut kembali hasil usaha keluarga menyatukan mereka berdua sempena memulakan tahun baru.

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No. 1 di Malaysia, kami ingin mendorong rakyat Malaysia, ahli-ahli Watsons serta para pelanggan bahawa pada masa yang mencabar ini kita harus memupuk semangat kebersamaan. Harapan kami adalah agar semua orang selamat ketika berada di rumah, dan terima kasih banyak kepada semua barisan hadapan yang berada di luar sana yang memperjuangkan keselamatan negara.

Kami memahami cabaran yang dihadapi tahun ini dan oleh itu kami ingin memberikan penjimatan dalam perbelanjaan, ganjaran dan hadiah yang lebih besar kepada semua. Kami memberikan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,888,888 apabila membeli-belah di kedai dan di laman digital, pemberian hadiah percuma dan banyak lagi,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

Caryn menambah, “Tema untuk tahun ini adalah mengenangkan masa-masa yang baik, menghargai persahabatan, dan menghargai saat-saat terbaik yang kita lalui bersama keluarga, rakan dan orang yang kita sayangi. Saya berharap filem ini dapat memberikan inspirasi kepada anda bahawa bersama-sama kita dapat mengatasi segala cabaran dan menjadikan tahun ini juga sebagai kenangan. Bagi pihak Watsons Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.”

“Tahun ini, jualan Watsons Happy Beautiful Year menawarkan potongan sehingga 50% dan baucar percuma dengan penjimatan bernilai lebih dari RM170 untuk jenama-jenama kegemaran,” kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan, Watsons Malaysia.

Selain itu, ahli-ahli Watsons akan dapat menikmati hadiah ganjaran yang lebih besar kerana Watsons akan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM2,888,888. Untuk memenuhi syarat dan layak untuk memenangi hadiah ini, ahli Watsons perlu membeli barangan berjumlah RM88 dalam satu resit di kedai atau di laman digital dan membayar dengan GrabPay sehingga 22 Februari 2021, *imbas kod QR dan hantarkan penyertaan.

Kempen Digital Watsons 2.2 #HappyBeautifulYear juga akan berlangsung dari 25 Januari hingga 3 Februari 2021 dengan penjimatan sebanyak 80% untuk item kedua.

Semasa Hari Mega pada 2 Febuari, para pelanggan boleh mencari baucar yang besar dengan nilai sehingga RM536 dari jenama seperti Ensure, Glucerna, Brand’s, NH, Cetaphil, Kinohimitsu dan banyak lagi. Berbelanja dari keselesaan rumah dan nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM100 di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.watsons.com.my atau lawati e-Katalog Watsons untuk tawaran dan promosi baru dan eksklusif di sini. *Tertakluk pada terma & syarat.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas