Connect with us

Oh! Media

Fedtri Yahya Kongsi Kisah Curang Suami Cacat Penglihatan, Baru Dua Tahun Kahwin Dah Buat Hal

fedtri yahya

Oh! Tidak

Fedtri Yahya Kongsi Kisah Curang Suami Cacat Penglihatan, Baru Dua Tahun Kahwin Dah Buat Hal

Isteri mana yang tidak sakit hati apabila suami yang dicintai rupa-rupanya bermain kayu tiga. Kisah ini diceritakan sendiri seorang wanita kepada pengacara dan personaliti TV popular, Ahmad Fedtri Yahya.

ADVERTISEMENT

BACA: Syak Suami Curang, Seorang Wanita Bertindak “Smack” Anu Suami Hingga Pengsan!

Dalam perkongsian itu, wanita ini berkata dia sebelum ini sudah dua kali gagal dalam perkahwinan. Untuk perkahwinan kali ketiga, dia bertemu jodoh dengan lelaki cacat penglihatan sejak lahir.

Katanya, selama dua tahun mereka hidup bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan. Namun, siapa sangka perkahwinan mereka diuji apabila suami kantoi curang.

Dedah si isteri lagi, suaminya dipercayai telah sebulan bermadu kasih dengan seorang wanita yang juga cacat penglihatan.

Mereka telah bercinta selama 1 bulan. Pasangannya juga adalah OKU cacat penglihatan.

Nak ikutkan hati perceraian jalan yang terbaik.

Jika diikutkan hati, dia ingin bercerai namun terpaksa memberi peluang sekali lagi demi masa hadapan anak.

Dia memberi tempoh selama enam bulan untuk suami berubah, jika masih berkelakuan sama, dia nekad untuk berpisah.

Kredit: Instagram Ahmad Fedtri Yahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas