Connect with us

Oh! Media

Fasih 11 Bahasa, Seorang Tukang Sapu Kelahiran Malaysia Raih Tumpuan

Oh! Tidak

Fasih 11 Bahasa, Seorang Tukang Sapu Kelahiran Malaysia Raih Tumpuan

Mempelajari serta memahami bahasa selain daripada bahasa ibunda diakui bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan masa yang agak lama.

ADVERTISEMENT

BACA: Malaysia Termasuk Dalam Senarai Lampu Hijau Melancong Ke United Kingdom

Namun, terdapat juga warga tempatan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa dan dianggap istimewa kerana kemahiran itu jarang dimiliki oleh semua orang.

Seorang tukang sapu fasih tutur 11 bahasa

Perkara sama turut berlaku kepada seorang individu yang berkhidmat sebagai tukang sapu SWM Environment dan fasih bertutur dalam 11 bahasa.

Individu tersebut bernama Mohamad Azizi Bahuddin, 42, telah mengendalikan kerja-kerja pembersihan di sekitar pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong di Mersing.

Rahsia dia mampu menguasai 11 bahasa itu oleh kerana dirinya berpeluang berjumpa dengan pelancong dari pebagai negara setiap hari dan memanfaatkan sepenuhnya untuk mempelajari bahasa mereka.

Menurut laporan Kosmo, antara bahasa asing yang dikuasai olehnya ialah bahasa Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, China, Holand, Norway, Denmark, Ukraine, Republik Czech dan Rusia.

Kata Azizi, minat untuk belajar bahasa asing itu bermula selepas dia melihat ramai pelancong le­bih gemar bertutur dalam bahasa­ negara mereka sendiri berban­ding bahasa Inggeris.

Sebelum musim pandemik wujud, sebagai tukang sapu saya memang sering berjumpa pelancong asing yang mahu bercuti.

Saya juga selalu ditegur dan dirujuk oleh pelancong asing untuk mendapatkan maklumat pelancongan setempat sehingga membolehkan saya bertutur secara asas bahasa negara asing.

Tambahan pula, apabila saya menegur mereka dengan bercakap dalam bahasa Inggeris, mereka tidak terlalu gemar dan tidak layan terutama pelancong dari Rusia.

Catat perkataan yang ditutur supaya tak lupa

Menurutnya lagi, dia telah mengambil masa selama dua tahun untuk mahir bertutur dalam bahasa Inggeris sebelum mempelajari bahasa lain.

Dia juga tidak menafikan bahasa asing mempunyai nada sebutan yang berlainan yang membuatkan ia sukar untuk dipelajari.

Setiap kali berbual dengan pelancong, saya akan catat perkataan yang ditutur di kertas agar tidak lupa. Setakat berborak tentang hal yang asas itu saya boleh.

Azizi berkata, dirinya akan sentiasa mengasah kemahirannya itu bagi memudahkan untuk menyampaikan maklumat dan membantu pelancong selain daripada menjaga kebersihan di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, bapa kepada seorang anak itu mengakui suasana ketika ini agak suram ekoran tiada pelancong yang hadir gara-gara musim pandemik.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas