Connect with us

Oh! Media

“Entah-Entah Budak Tu Yang…” – Lelaki Pertikai Tuduhan Penceramah Bebas R*gol Remaja

Oh! Tidak

“Entah-Entah Budak Tu Yang…” – Lelaki Pertikai Tuduhan Penceramah Bebas R*gol Remaja

Baru-baru ini kecoh dengan satu berita seorang penceramah bebas yang dikatakan terlibat dengan kes rogol remaja perempuan 14 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ketika ini sedang berada dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

Entah-entah budak tu yang r*gol ustaz

Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ezzat Tahir membuat satu kenyataan yang dilihat tidak berasas melalui akaun Facebooknya.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki berkenaan membuat satu andaian dengan mengatakan bahawa mungkin gadis berusia 14 tahun itulah yang merogol penceramah bebas berkenaan selepas perbuatan tersebut berlaku berkali-kali.

Dia yang turut mempersoalkan tuduhan rogol terhadap penceramah bebas itu kemudiannya bertindak memadam hantaran dibuatnya itu selepas menerima kecaman dari warganet.

Netizen Twitter laju buat kerja

Meskipun dia telah memadam hantaran di Facebooknya itu, kenyataan yang dibuat Ezzat itu mendapat perhatian serta kecaman dari warganet di Twitter.

Menerusi ciapan dibuat Yeop Amirul, dia mempersoalkan serta bimbang dengan kredibiliti Ezzat sebagai seorang pengerusi pusat tahfiz yang seakan mempermainkan perihal yang berkaitan dengan seksual ‘grooming’.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bimbang dan mengecam tindakan Ezzat yang seakan tidak sensitif dengan isu ini.

Ada juga yang anggap perkara macamni gurauan ya, kalau kena dekat batang hidung sendiri baru tahu.

Kredit: Twitter Yeop Amirul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas