Connect with us

Oh! Media

Engineer Suka Pakai Lampin Ke Tempat Kerja Kerana Mahu Jadi Bayi

Oh! Tidak

Engineer Suka Pakai Lampin Ke Tempat Kerja Kerana Mahu Jadi Bayi

Sebagai manusia, normal lah kalau ada perangai pelik tapi yang ini luar dari jangkaan. Komuniti Adult Baby Diapers Lover (ABDL) dah sampai kat Malaysia wei!

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Bawa Bayi 11 Bulan Guna Alat Pernafasan Sudah Hilangkan Diri 

Menurut laporan Buletin TV9, seorang lelaki yang bekerja sebagai engineer itu menyatakan dia menghidapi masalah ABDL sejak berumur 13 tahun selepas melihat adiknya memakai lampin.

ABDL ini merujuk kepada kecenderungan sesorang yang mahu dilayan seperti bayi termasuklah pakai lampin macam bayi walaupun sudah dewasa.

Saya pakai senyap-senyap je… Ia buat saya rasa sangat selesa.

Lelaki berkenaan berkata keinginan untuk menjadi bayi juga mendorongnya untuk memakai lampin ke tempat kerja tanpa diketahui isterinya.

Lagi mengejutkan apabila dia mendedahkan komuniti ini mempunyai groupchat di WhatsApp dan tak malu menceritakan hal-hal seperti lampin penuh waktu malam.

Penuh sampai kembung.

Kalau duduk tu memang pecah.

Dia juga berkata isterinya juga tidak tahu tentang sisi pelik kerana dia tak pakai lampin saat berada di rumah.

Pergi oustation, hiking, anywhere, anytime saya pakai lampin.

Bapa kepada satu cahaya mata ini mengatakan ia menjadi satu kebiasaannya untuk pakai lampin seperti bayi ketika berada di luar.

Hmmm… Pelik tapi benar. Agaknya tak puas kot jadi bayi tu yang jadi macam ni. Buat korang kat luar sana, jangan pulak tiru aksi macam ni.

Kredit: Buletin TV9

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas