Connect with us

Oh! Media

Enam Individu Dikompaun RM20k Lepas Kantoi Tengah ‘Dine-In’ Di Tingkat 6

Trending

Enam Individu Dikompaun RM20k Lepas Kantoi Tengah ‘Dine-In’ Di Tingkat 6

Berbuih-buih orang pesan suruh ikut SOP, tapi masih ada lagi yang degil! Semalam, seramai enam individu, termasuk pemilik sebuah kedai makan di tingkat enam kompleks perniagaan terkenal berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM20,000.

ADVERTISEMENT

Kompaun dikenakan kepada pemilik kedai sebanyak RM10,000, manakala bagi 5 individu lagi adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang. Ianya dikatakan sendiri oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob.

Pemeriksaan polis mendapati, pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan sekali gus melanggar SOP PKP iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’.

Polis akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa, selain akan mengambil tindakan tegas ke atas orang ramai gagal mematuhi SOP PKP.

Ia bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya. Kes disiasat mengikut Peraturan 16 PU (A) 243/2021 PKP.

Jaga diri gais dan jangan lupa ikut SOP yang telahpun ditetapkan. Ingat! Kita masih belum menang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas