Connect with us

Oh! Media

Empat Motosikal Rider Penghantar Makanan Musnah Terbakar

Trending

Empat Motosikal Rider Penghantar Makanan Musnah Terbakar


Malam tadi, empat buah motosikal yang dipercayai milik penghantar makanan musnah terbakar di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak bomba telah menerima laporan dari orang awam pada jam 12.02 malam tadi dan ianya dikatakan sendiri oleh Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Kebakaran membabitkan empat motosikal musnah terbakar namun tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mangsa.

Ketika kejadian tiada orang berada di sekitar restoran makanan segera berkenaan dan motosikal dipercayai milik rider restoran makanan segera itu.

Operasi pemadaman api tamat pada jam 12:39 malam oleh Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas