Connect with us

Oh! Media

Empat Beradik Ditangkap Polis Bawa Pulang Jenazah Bapa

Trending

Empat Beradik Ditangkap Polis Bawa Pulang Jenazah Bapa

Semalam empat beradik dikatakan telah membawa lari jasad bapanya yang meninggal dunia dari hospital yang masih dalam status Pesakit Bawah Siasatan (PUI).

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan mereka di Kampung Panji, Lahad Datu pada hari sama.

Sebelum kejadian, difahamkan arwah bapa mereka tiba-tiba tidak sedarkan diri dan mereka membawa ke Hospital Lahad Datu sebelum disahkan meninggal dunia.

Pesakit telah diasingkan ke khemah zon PUI berhadapan wad kecemasan Hospital Lahad Datu kerana mempunyai sejarah rawatan sebagai pesakit strok di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, sebelum ini.

Ketika berada di Zon PUI, pesakit telah diberi pertolongan cemas pernafasan selama kira-kira 30 minit oleh pegawai perubatan namun disahkan meninggal dunia. – Kata pihak polis.

Pihak hospital perlu mengetahui punca kematian bapa mereka sehingga keputusan ujian Covid-19 diterima. Bagaimanapun, waris enggan meninggalkan jasad bapa mereka dan bertindak membawa lari jenazah keluar dari khemah PUI terus dibawa pulang ke rumah.

Empat beradik itu kini direman selama tiga hari dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan jahat yang mungkin boleh merebakkan penyakit berbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda atau dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. – Kata polis lagi.

Tak dapat nak bayangkan perasaan mereka sebenarnya selepas kehilangan seorang bapa. Apa-apapun kita tunggulah keputusan dari pihak polis dan semoga bapa mereka tidak meninggal kerana Covid-19.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas