Connect with us

Oh! Media

Elon Musk, Orang Terkaya Di Dunia Disaman Twitter Selepas Batalkan Pembelian

elon musk

Trending

Elon Musk, Orang Terkaya Di Dunia Disaman Twitter Selepas Batalkan Pembelian

Orang terkaya di dunia, Elon Musk sebelum ni kecoh apabila dikatakan akan membeli platform gergasi media sosial, Twitter. Urusan jual beli juga telah bermula tapi selepas berlaku beberapa pertikaian, akhirnya Elon membatalkan niatnya itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Punca Kenapa Pemegang Saham Failkan Saman Terhadap Bakal Pemilik Twitter, Elon Musk

Disebabkan itu, Twitter memaklumkan akan menyaman Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc ini kerana telah melanggar perjanjian bernilai AS$44 bilion (RM195 bilion).

Musk nampaknya percaya bahawa dia tidak seperti mana-mana pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware-bebas untuk mengubah fikirannya, memusnahkan syarikat, mengganggu operasinya, memusnahkan nilai pemegang saham dan pergi. – Tuntutan Twitter di mahkamah.

Dalam pada itu, Twitter turut memohon mahkamah menjadualkan perbicaraan selama empat hari pada pertengahan September ini.

Elon sebelum ni mendakwa Twitter gagal mengemukakan maklumat mengenai akaun palsu di platform itu sekaligu menjadi punca dia membatalkan pembelian terbabit.

Saham Twitter jatuh semua salah Elon Musk

Bercakap soal saham pula, pada awalnya ia naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April sewaktu Elon nyatakan hasrat untuk membeli. Lain pula jadinya selepas itu bila Elon mempertikai beberapa perkara tentang Twitter dan jatuh kepada AS$35.76 (RM158) seunit.

Ini pula apa kata peguam Elon yang mendakwa Twitter

Twitter sudah memungkiri perjanjian dan dilihat memberi maklumat palsu atau mengelirukan ketika membuat persetujuan mengenai perjanjian penggabungan itu bersama Elon.

Elon sebelum ini meminta Twitter untuk mendedahkan maklumat akaun palsu atau spam yang ada tetapi tidak diendahkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas