Connect with us

Oh! Media

Ejen Bawa Lari RM12,950, Rumah Kediaman Mangsa Disewakan?

rumah

Trending

Ejen Bawa Lari RM12,950, Rumah Kediaman Mangsa Disewakan?

Hasrat seorang akautan yang mahu mengubahsuai kediamannya hancur apabila rumahnya sendiri telah disewakan kepada orang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Beri Email Yang Mengelirukan, Pos Malaysia Dedah Taktik Terbaharu ‘Scammer’

Menerusi laman Kosmo, Superintendan Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Jempol berkata, mangsa yang berusia 39 tahun telah berurusan bersama seorang lelaki untuk mengubahsuai rumah mangsa di Klang Lama, Kuala Lumpur, pada 19 Mac lalu.

Mangsa tidak pernah jumpa ejen rumah

rumah

Menurut Chang Hook, suspek merupakan seorang ejen rumah dari sebuah syarikat dan mangsa tidak pernah berjumpa dengannya, malah cuma berurusan secara online.

Mangsa telah bersetuju dengan suspek untuk mengubahsuai rumah kediamannya, selepas menerima syarat yang ditetapkan seperti pembelian perabot, cat, lampu, kipas dan barangan elektrik.

Mangsa mahu ubahsuai rumah untuk disewakan dan semua kerja itu melibatkan nilai RM12,950. Mangsa tidak pernah berjumpa dengan ejen rumah ini dan segala urusan adalah secara panggilan telefon dan WhatsApp sahaja.

Mereka tidak membuat sebarang dokumen perjanjian dan hanya berurusan secara online.

Kesemua bayaran perlu dilakukan oleh mangsa menerusi sebuah akaun bank dan proses ubahsuai akan siap dalam masa sebulan. Tetapi, apakan daya, mangsa hanya mampu berserah pada takdir dan menerima dugaan yang menimpanya itu.

Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua pembaca, dan janganlah beri kepercayaan bulat-bulat kepada mereka yang hanya dikenali menerusi online. Siasat dan selidik dahulu sebelum berurusan dengan seseorang untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas