Connect with us

Oh! Media

Edisi Siasat Dakwa Ada Cubaan Lepaskan UEL Dari Kes Gangguan Seksual? Ini Jawapan Pengarah (JSJ) Bukit Aman

gangguan seksual

Trending

Edisi Siasat Dakwa Ada Cubaan Lepaskan UEL Dari Kes Gangguan Seksual? Ini Jawapan Pengarah (JSJ) Bukit Aman

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini kes melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew. Kes gangguan seksual bukanlah perkara main-main dan perlu diselesaikan segera memandangkan ia memberi kesan kepada masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Makhluk Langsung Tiada Kuasa”, Ebit Lew Tidak Kisah Orang Hina Dirinya

Timbul persoalan netizen samaada kes ini masih berjalan atau tidak?

Menjawab persoalan ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan pihak polis tidak lagi menerima sebarang maklumat terkini daripada mana-mana pihak bagi membantu siasatan.

Kes ini tidak pernah ditutup dan tiada rujukan untuk tiada tiada tindakan lanjut (NFA). Sebaliknya kes masih dalam siasatan dan PDRM turut mengalu-alukan maklumat baru.

Persoalan mengenai samaada kes ini masih berjalan atau tidak dibangkitkan satu akaun media sosial Edisi Siasatan

gangguan seksual

Terdahulu, pendakwah itu telah disiasat setelah pihak polis menerima laporan daripada beberapa orang yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Sehubungan itu, PDRM telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Twitter Edisi SiasatMY

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas