Connect with us

Oh! Media

Dua Kali Terlanjur Dengan Anggota Polis, Gadis 23 Tahun Ditemui Mati Di Kubur Bapa

terlanjur

Trending

Dua Kali Terlanjur Dengan Anggota Polis, Gadis 23 Tahun Ditemui Mati Di Kubur Bapa

Masalah telanjur dalam kalangan anak muda bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut menjadi masalah yang sukar ditangani di seluruh dunia. Lebih menyedihkan apabila ada yang tergamak menggugurkan kandungan dan situasi ini sama sahaja di mana-mana tempat.

ADVERTISEMENT

Lelaki tinggalkan kekasih sebab taknak bertanggungjawab dan akhirnya bayi yang tak bersalah menjadi mangsa.

Apa yang terjadi di Desa Japa, Mojokerto, Jawa Timur Indonesia lebih menyayat hari apabila seorang remaja perempuan ditemukan mati di kubur bapanya.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri dengan meminum racun kerana hamil anak luar nikah. Mangsa juga dikatakan telah terlanjur dengan seorang anggota polis tempatan.

Kisah gadis ini menjadi viral di Twitter dan mendapat perhatian netizen

Kawan baik mangsa berkongsi kisah ini di Twitter dan berjaya menarik perhatian netizen yang simpati dan berasa geram dengan anggota polis terbabit.

Sebelum itu, mangsa mengalami tekanan perasaan selepas anggota polis berkenaan telah cuba mengelak untuk berjumpa dengan mangsa sebaik sahaja mengetahui mangsa mengandung.

Mangsa sudah 2 kali hamil anak anggota polis

Gadis itu dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan hasilnya sudah dua kali mangsa hamil iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021. Namun kedua-dua kandungan itu digugurkan dengan persetujuan mereka iaitu ketika kandungan berusia beberapa minggu bagi pertama kali. Seterusnya digugurkan ketika kandungan berusia empat bulan.

Perkara ini disahkan jurucakap polis, Hadi Supraptoyo dan turut telah menahan teman lelaki gadis itu untuk membantu siasatan. Anggota polis itu turut akan didakwa atas kesalahan sengaja menggugurkan kandungan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas