Connect with us

Oh! Media

Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban

helikopter

Oh! Tidak

Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban

Terbaru, melalui ciapan video yang dimuat naik oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di laman X, kelihatan dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jenis HOM dan Fennec bertembung di atas udara.

ADVERTISEMENT

Kedua-dua buah helikopter hilang kawalan selepas bertembung, lalu terhempas.

Terkini disahkan 10 anggota TLDM terkorban dalam nahas…

Memetik laporan Berita Harian, kejadian itu dilaporkan berlaku ketika latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi di Pangkalan Udara TLDM Lumut.

Dalam nahas itu, seramai 10 anggota terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut.

Pesawat HOM terhempas di atas tangga Stadium TLDM Lumur dan sebuah lagi pesawat jenis Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas