Connect with us

Oh! Media

‘Ini Sahaja Vaksin Yang Kita Ada Untuk Tidak Dijangkiti’ – Dr Noor Hisham

Trending

‘Ini Sahaja Vaksin Yang Kita Ada Untuk Tidak Dijangkiti’ – Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak pernah putus asa untuk menasihati semua rakyat Malaysia agar kita sama-sama dapat menghentikan penularan wabak Covid-19 ini di Malaysia sejak bermula kes pertama yang melibatkan negara kita.

ADVERTISEMENT

Dr Noor Hisham juga memperingatkan lagi, lagi dan lagi supaya rakyat terus duduk di rumah untuk memutuskan rantai Covid-19 dengan lebih berkesan jika tiada urusan penting diluar dalam tempoh dua minggu ini.

Bagi sesiapa yang terpaksa keluar kerana ada urusan penting tu, korang kena pastikan supaya patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Jadikan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial sebagai norma baharu untuk sama-sama kita mengurangkan jangkitan ketika berada di gelombang ketiga ini.

Kita tiada ubat, tapi kita boleh mengelak untuk dijangkiti. Itu sahaja vaksin yang kita ada buat masa ini sebab vaksin yang sebetul-betulnya masih belum ditemukan lagi.

Tegas Dr Noor Hisham.


Sampai bila kita nak berada dalam situasi macam ni gais? Semuanya bergantung kepada sesiapa sahaja yang berada dalam negara ini, tiada yang terkecuali.


Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Dr Noor Hisham terus memperingatkan rakyat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas