Connect with us

Oh! Media

Doktor Kongsi Kisah Sedih, Seorang Bapa Sado ‘Tewas’ Lihat Anak Dilahirkan Pramatang

Trending

Doktor Kongsi Kisah Sedih, Seorang Bapa Sado ‘Tewas’ Lihat Anak Dilahirkan Pramatang

Menunggu ketibaan cahaya mata merupakan impian yang diinginkan oleh setiap pasangan suami isteri bagi melengkapkan kitaran hidup berkeluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Meninggal Dunia Dua Jam Selepas Lahir, Bapa Tak Sempat Tatap Wajah Anak

Namun, setiap kelahiran adalah satu penderitaan kepada para isteri. Ia adalah ujian yang perlu ditempuh oleh bakal ibu dan suami digalakkan untuk memberikan semangat kepada isterinya.

Akan tetapi, pelbagai kejadian yang tidak diingin mampu berlaku ketika proses tersebut termasuklah bayi dilahirkan pramatang serta ada yang dilahirkan meninggal selepas beberapa hari.

Doktor kongsi kisah sedih seorang bapa sado

Seperti yang kita ketahuan, kebiasaannya lelaki dengan imej sado dan perwatakan maskulin mempunyai keazaman untuk melindungi seseorang terutamanya insan tersayang.

Bagaimanapun, berbeza dengan situasi seorang lelaki yang digambarkan mempunyai fizikal tegap dan bertatu, namun gagal mengawal emosi selepas melihat keadaan anaknya.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan, Dr. Redza Zainol melalui ciapannya di laman Twitter menceritakan kisah lelaki tersebut yang sebak melihat anaknya dilahirkan pramatang.

Menurutnya, anak kepada lelaki sado itu dilahirkan pramatang 28 minggu sekaligus menyebabkan semua organ dalamannya turut menjadi belum matang.

Bayi kurang matang memerlukan bantuan pernafasan

Menerusi ciapannya yang lain, doktor tersebut menyatakan bahawa amatlah penting bagi seorang bayi yang baru dilahirkan untuk bernafas.

Namun keadaan bayi tersebut yang mempunyai paru-paru yang kurang matang dan memerlukan bantuan pernafasan daripada mesin ventilator.

Lepas bayi dilahirkan, paling penting ialah bayi mahu bernafas, tapi disebabkan paru-paru belum matang, dia perlukan bantuan pernafasan sambil saya tunjukkan satu tiub yang keluar daripada mulut bayi disambung terus ke mesin ventilator.

Selain itu, beliau turut merasa sebak melihat lelaki tersebut yang mula mengalirkan air mata serta meminta izin darinya untuk menenangkan diri.

Sifat lelaki hanyalah satu, untuk melindungi orang tersayang

Tambahnya, beliau juga turut berkongsikan mengenai satu buku yang menceritakan tentang kekuatan otot, keazaman tinggi, semangat untuk bersaing lazimnya merupakan ciri maskulin seorang lelaki.

Semua sifat lelaki hanyalah satu, iaitu mahu melindungi orang tersayang termasuklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Namun, dalam keadaan ekstrim, bila dia tidak dapat lagi melindungi orang yang disayangi, dia hanya mampu menangis.

Bayangkan, isteri dalam kesakitan selepas pembedahan. Anak pula kecil dan dalam keadaan kritikal. Kalau kalian lihat lelaki itu menangis, boleh jadi dia sedang hadapi keadaan yang luar biasa.

Difahamkan, isteri kepada lelaki tersebut sedang berada di dalam kesakitan selepas pembedahan, malah anak kecilnya pula dalam keadaan kritikal.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut memberikan pelbagai reaksi termasuklah turut berasa sebak dengan dugaan yang menimpa lelaki tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai 2,160 tweet semula serta mendapa 4,103 tanda suka.

Kredit: Twitter Redza Zainol I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas