Connect with us

Oh! Media

Doktor Ditahan, Rakam Video Pekerja Wanita Dalam Tandas

Trending

Doktor Ditahan, Rakam Video Pekerja Wanita Dalam Tandas

Doktor merupakan seorang insan yang berilmu serta mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan untuk merawat seribu satu penyakit.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rakam Video Kawasan Perumahan Kotor, Lelaki Mengaku Bukan Niat Aibkan Penduduk

Mereka juga tergolong dalam kalangan frontliner yang bekerja keras sepanjang musim pandemik ini bagi menyelamatkan beribu nyawa manusia.

Namun, terdapat juga segelintir doktor yang menunjukkan sikap buruk semasa di tempat kerja sekaligus mencemarkan nama baik seorang pegawai kesihatan.

Doktor rakam video pekerja

Terbaru, seorang doktor yang bekerja di sebuah klinik swasta telah ditahan polis selepas didakwa merakam pekerja wanitanya di dalam tandas.

Menurut laporan Kosmo, tangkapan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang pekerja wanita berusia 30 tahun kira-kira 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa warga tempatan itu menceritakan kronlogi kejadian semasa membuat laporan.

Menurutnya, majikannya telah melakukan kelakuan terkutuk dengan merakam dirinya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

Tambahnya, dia menyedari perbuatan itu setelah melihat peranti itu diletakkan di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

Mangsa yang mengecam telefon bimbit itu milik suspek terus mencapai beg tangannya ingin keluar daripada klinik namun dihalang oleh lelaki berkenaan yang turut meminta agar telefon bimbitnya itu dipulangkan

Janji padam rakaman

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek juga berjanji akan memadamkan rakaman tersebut di hadapan mangsa selepas pekerja tersebut merampas telefon bimbit suspek.

Tidak lama kemudian, wanita berkenaan menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada majikannya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling jaya telah membuat tangkapan kira-kira pukul 7.30 malam.

Tangkapan berlaku di kawasan Petaling Jaya dan pihak berkuasa turut merampas telefon bimbit jenama Redmi MI 9T Pro.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kredit: Kosmo! I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas