Connect with us

Oh! Media

Doktor Cabul Remaja Perempuan Di Wad Kecemasan

Wanita dirogol

Oh! Tidak

Doktor Cabul Remaja Perempuan Di Wad Kecemasan

Seorang doktor disyaki cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun semalam dan telah pun ditahan pihak polis.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada jam 9.14 malam hari kejadian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah.

Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan di Hospital Changkat Melintang.

Susulan daripada laporan polis tersebut, pada Rabu sekitar pukul 2 petang, sepasukan pegawai polis dari IPD Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas doktor berkenaan.

Suspek telah direman untuk siasatan lanjut dan mangsa dalam keadaan stabil, katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu malam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas