Connect with us

Oh! Media

Bekas Pengurus Besar AKSB Antara 3 Ditahan, Bantu Siasatan Kes Rasuah RM27 Juta

Rasuah

Trending

Bekas Pengurus Besar AKSB Antara 3 Ditahan, Bantu Siasatan Kes Rasuah RM27 Juta

Bekas pengurus besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara tiga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara 2015 dan 2019. Memetik laporan Harian Metro, dua yang lain adalah seorang pegawai AKSB dan pengurus projek sebuah syarikat.

ADVERTISEMENT

Ditahan reman tiga hari

SPRM
Sekadar gambar hiasan

Lapornya lagi, ketiga-tiga mereka ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM di Kota Bharu, Kelantan. Perintah tahanan reman selama tiga hari diperoleh SPRM bermula hari ini.

Berdasarkan sumber, kes yang disiasat adalah antara kes berprofil tinggi membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, siasatan dijalankan atas dakwaan mereka disyaki terbabit rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas