Connect with us

Oh! Tidak

“Diorang Akan Tolak Dia Dari Tingkat Dua” – Ibu Dedah Rakan Sekolah Buli Anak Kerana Kuih

Ha macam yang kita tahu, kes buli di sekolah makin meningkat sampai dekat sekolah rendah pun ada yang berani membuli. Jadi, penting untuk ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam mencegah kes ni.

Tular di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kesal kerana anak lelakinya yang baru berumur 11 tahun telah menjadi mangsa buli di sekolah

IKLAN

Menurut wanita yang dikenali sebagai Farizal Radzali, dia menyedari perkara itu selepas anaknya kerap membawa bekal yang banyak sedangkan dia bukanlah seorang yang kuat makan.

Ada sekali tu, dalam seminggu, itu je kuih dia bawa buat bekal. Masuk minggu kedua ketiga, saya pulak rasa muak tgk dia bawa (makan) kuih yg sama hari-hari. Lalu saya suruh ayahnya belikan nasi lemak pula.

Dia punya menangis taknak nasi lemak, nak roti hotdog tu juga. Sampai taknak pergi sekolah.

Curiga dengan tindakan anak, Farizal ambil keputusan untuk bertanya kepada anak sampailah perkara sebenar terbongkar.

Ugut nak tolak dari tingkat 2

Katanya 3 orang kawannya, yang suruh dia bawak kuih tu. Dorang nak makan. Jangan bawa kuih lain. Dan kawan dia kata, kalau dia bawak kuih lain atau tak bawak kuih tu untuk diaorang, mereka akan tolak dia dari tingkat 2 kelas mereka.

Terkejut dengan pendedahan itu, dia terus hubungi guru kelas untuk memaklumkan perkara ini namun jawapan yang diberikan tak membuatkannya berpuas hati.

Saya suruh suami pergi ke sekolah masa rehat. Tengok dari jauh, apa yang jadi sebenarnya. Betul tak apa yg anak saya cakap. Sebab saya pun tak boleh percaya cakap anak saya semata-mata, saya perlukan bukti.

Dari jauh dia nampak anak saya sedang makan di kantin, kiri kanan diapit 2 org kawannya. Dan seorang lagi datang dari arah belakang terus ambil kuih dari dalam bekas anak saya.

Kejadian itu disaksikan oleh seorang guru dan si suami terus menceritakan perkara sebenar sehinggakan guru tersebut terkejut kerana kes itu dikategorikan sebagai ugut.

Lalu kesemuanya murid ni termasuk anak saya, dipanggil dan ditanya. Pengakuan pun dibuat. Alhamdulillah, cikgu dah selesaikan hal tu.

Selang beberapa hari barulah cikgu kelasnya hubungi saya minta maaf sebab tak ambil berat aduan saya.

Baru umur 11 tahun dah pandai ugut kawan. Nasib baik ibu bapa bertindak cepat untuk mencegah daripada berlarutan. Harapnya pembuli tersebut insaf lah lepas di kaunseling oleh cikgu.

Jap!


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas