Connect with us

Oh! Media

Dilahirkan Dengan Hati Di Luar Badan, Amar Turut Menderita Penyakit Jantung Berlubang

Oh! Tidak

Dilahirkan Dengan Hati Di Luar Badan, Amar Turut Menderita Penyakit Jantung Berlubang

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mohamad Amar, 3 bulan, yang lahir daripada pasangan Norliza Mohd. Saad, 35 dan suaminya Sanudin Ibrahim, 46 ini, dikatakan telah lahir dengan organ hatinya diluar badan. Amar juga turut dikatakan menderita akibat jantungnya berlubang.

Suami isteri yang tinggal di Kuala Nerang itu memohon bantuan orang ramai untuk membantu mereka menampung perbelanjan keperluan Amar. Bayi itu dikatakan perlu penjagaan yang rapi dan mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk menyediakan keperluannya.

Sanudin pula dikatakan, menampung perbelanjaan mereka anak beranak melalui hasil pendapatannya sebanyak RM600 dengan menoreh getah. Norliza berkata, pendapatan suaminya itu tidak mencukupi untuk menanggung kesemua keperluan termasuk menjaga empat anak lain berusia tiga hingga 15 tahun,

“Amar menghidap penyakit berkaitan hati atau Omphalocele with extra corpireal liver, jantung berlubang dan tiada cuping te­linga kanan sejak lahir. – Kata Norliza

Norliza resah apabila anak bongsunya itu kerap menangis dan badannya dikatakan akan berpeluh terumanya pada waktu tengah hari sejak kebelakangan ini.

Dengan keadaan Amar yang begitu, dia juga perlukan persekitaran yang bersih, kami ada bercadang untuk memasang penyaman udara tetapi buat masa ini kami masih belum mampu. – Katanya.

Untuk memastikan hati Amar sentiasa dalam keadaan bersih dan baik, ibunya perlu membersihkan organ itu sebanyak dua kali setiap hari. Jika tidak organ tersebut dikatakan akan berbau dan boleh menyebabkan Amar jatuh sakit.

Norliza berkata, dia belum lagi mendapat maklumat lanjut tentang pembedahan anaknya itu yang dikatakan akan menjalani pembedahan untuk memasukkan hati ke dalam badan.

Buat masa ini, kami memang mempunyai masalah kewangan untuk menyediakan barang keperluan buat Amar yang sakit, selain terpaksa berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar setiap bulan untuk mendapatkan rawatan. – Kata Norliza

Walaupun mereka ada mendapat bantuan daripada Zakat Negeri Kedah sebanyak RM200, namun masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan buat Amar. Mereka juga dikatakan pernah meminjam duit daripada saudara setiap kali Sanudin tidak dapat keluar untuk menoreh.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Amar, boleh membantu menerusi akaun Bank Islam 02-039-02-487174-9 milik Norliza atau menghubunginya di talian 019-942 1670.

Jika kita rasa kita susah, ingatlah ada lagi insan yang lebih susah dari kita. Sama-samalah kita bantu ringankan beban untuk kelaurga Amar. Hari ni kita tolong orang, mana tahu esok lusa orang pula tolong kita.

Kredit: Kosmo

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top