Connect with us

Oh! Media

Dikompaun Sebab Tak Pakai Pelitup Muka, Seorang Lelaki Cuba Provokasi Pegawai Polis

Trending

Dikompaun Sebab Tak Pakai Pelitup Muka, Seorang Lelaki Cuba Provokasi Pegawai Polis

Tular di media sosial baru-baru ini seorang lelaki yang dikompuan oleh pegawai polis oleh sebab tidak mengenakan pelitup muka ketika memasuki sebuah premis pasar mini di Kampung Muhibbah, Sungai Siput petang kelmarin selain turut merakam video untuk melakukan provokasi kepada pegawai terbabit.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, lelaki terbabit dikenakan kompuan sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka selain turut tidak mencatatkan rekod diri ketika memasuki premis berkenaan untuk membeli minuman keras.

Lelaki tersebut juga cuba melakukan provokasi terhadap pegawai yang berpangkat inspektor itu dengan mengatakan bahawa dia hanya tidak memakai pelitup muka dan bukan melakukan sebarang jenayah selain turut mengaku sering terlupa untuk mengenakan pelitup muka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di tempat awam selain turut tidak mendaftar di MySejahtera dan mengimbas suhu.

Menurutnya, provokasi terhadap pegawai polis hanya dilakukan oleh pelanggan premis itu namun pemilik kedai akur dengan tindakan kompaun yang turut dikenakan ke atasnya berjumlah RM1,500.

Pihak polis telah memberikan teguran kepada lelaki terbabit yang tidak mengenakan pelitup muka serta tidak mengimbas suhu, tetapi tidak diendahkan selain turut memberikan pelbagai alasan sambil merakam tindakkan pegawai itu

Tindakan berbentuk provokasi yang dibuatnya langsung tidak diendahkan oleh Inspektor terbabit yang bernama Inspektor Wahed.

Menurut Khaizam, tiada tindakan lanjut dikenakan kepada lelaki terbabit yang merakam video yang kini tular selain turut menyifatkan perbuatan itu bagus kerana memberitahu orang ramai bahawa tindakan tegas akan dikenakan jika melanggar SOP.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas