Connect with us

Oh! Media

Diketepikan Dalam Saingan Liga Malaysia, Brendan Gan Disahkan Hidapi Kanser

Trending

Diketepikan Dalam Saingan Liga Malaysia, Brendan Gan Disahkan Hidapi Kanser

Satu tamparan hebat terpaksa ditempuhi oleh pasukan Selangor FC apabila kapten pasukan mereka, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testis dan bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

ADVERTISEMENT

Namun disebalik derita itu, pemain tengah dalam skuad Harimau Malaya itu bagaimanapun menganggap dugaan yang dihadapinya sekarang bukanlah alasan untuk dia patah semangat, sebaliknya akan terus berusaha untuk kembali berada di atas padang secepat mungkin.

Hal itu diucapkan Brendan melalui laman Instagram miliknya bahawa dia sudah melakukan pembedahan dan akan menghadapi proses rawatan seterusnya tidak lama lagi.

Brenda Gan disahkan hidapi kanser
Tangkap layar berkenaan hantaran yang dibuat Brendan Gan di laman Instagramnya.

Kisah hidup saya hanyalah positif dan kritikan negatif telah memberikan kekuatan untuk saya bertahan dalam apa jua cabaran.

Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan.

Brendan Gan atau nama sebenarnya Brendan Gan Seng Lin, 33, turut meluahkan rasa syukur apabila dia dikelilingi dengan individu yang sentiasa memberikan sokongan terutamanya ahli keluarga, rakan-rakan dan komuniti bola sepak tempatan.

Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak dan memimpin pasukan Selangor secepat mungkin.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh tonggak tengah Selangor FC itu sekaligus memberikan jawapan kepada ketiadaannya dalam skuad Selangor ketika pasukan itu menentang Kuala Lumpur (KL City) dalam saingan Liga Super minggu lalu yang berkesudahan seri 1-1.

Pada aksi tersebut juga, netizen tertanya-tanya apabila kesebelasan utama Selangor memegang jersi No.88 milik Brendan Gan ketika sesi bergambar sebelum perlawanan dimulakan.

Walaubagaimanapun, perkara itu disahkan sendiri oleh Selangor FC selain turut berharap agar Brendan kembali pulih dan diberikan kesihatan supaya segera kembali ke lapangan hijau.

Meninjau pada ruangan komen pula, rata-rata netizen turut bersimpati akan nasib yang menimpa Brendan dan akan sentiasa memberikan sokongan hingga dia kembali beraksi.

Kredit: Kosmo! I Instagram Brendan Gan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas