Connect with us

Oh! Media

Dikecam Bawa Lari ‘Oven’, Wanita Tampil Dedah Perkara Sebenar

Trending

Dikecam Bawa Lari ‘Oven’, Wanita Tampil Dedah Perkara Sebenar

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi beberapa individu yang dipercayai leka mengambil barang keluar dari sebuah pusat membeli belah Mydin.

ADVERTISEMENT

BACA: Mydin Rugi Lebih RM5 Juta Akibat Banjir Tapi Halalkan Mangsa Banjir Pecah Masuk Ambil Barang

Hal itu terjadi ketika kawasan berkenaan dilanda banjir dan dikatakan berlaku pengambilan barang oleh kerana kekurangan bekal makanan. Bagaimanapun, pihak Mydin telah pun menghalalkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai mula menzahirkan rasa tidak puas hati apabila mereka dilihat mula mengambil barang-barang lain selain makanan dan membawanya pulang.

Lebih mengejutkan, terdapat pula aksi seorang lelaki yang dilihat mengendong sebuah kotak oven bersama seorang wanita sehingga mencetuskan pertikaian ramai.

Dituduh ‘songlap’ oven, seorang wanita tampil beri penjelasan

Selepas dikecam hebat oleh netizen, seorang wanita telah tampil menjelaskan perkara sebenar apabila mendapati dirinya tular di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita tersebut memberikan penjelasan bahawa kotak tersebut bukanlah berisi oven, malah digunakan untuk mengisi makanan.

@largh_dawson

Reply to @thejerin mungkin kotttt ##fy

♬ original sound – largh_dawson

Saya ambil kotak itu untuk letak biskut dan sardin, bukannya ‘oven’ dalam dia. Kalau saya ambik, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari tidak makan

Namun, dia turut berasa kesal apabila dituduh mencuri perkakas elektrik tersebut dan sudah pun membuat laporan polis bagi membersihkan imejnya.

Mengakhiri ulasannya, wanita itu sempat memohon maaf kerana video itu telah membuat orang ramai salah sangka dengan tindakannya itu yang dituduh mencuri sebuah oven,

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut meminta maaf akan tanggapan buruk sebelum ini selain turut bersimpati akan nasib yang melanda wanita berkenaan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 379,000 jumlah tontonan serta mendapat 8,309 tanda suka.

Kredit: TikTok largh_dawson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas