Connect with us

Oh! Media

Didakwa Alami ‘Gangguan’ Halusinasi, Individu Nekad Bakar Rumah Adik Sendiri

Trending

Didakwa Alami ‘Gangguan’ Halusinasi, Individu Nekad Bakar Rumah Adik Sendiri

Umum mengetahui, halusinasi adalah gangguan alami yang menyebabkan seseorang melihat, mendengar atau merasai sesuatu yang sebenarnya tidak pernah wujud.

ADVERTISEMENT

BACA: Bakal Pengantin Dirogol Bomoh Semasa Rawatan Gangguan Makhluk Halus

Gangguan ini juga boleh diklarifikasikan sebagai gangguan mental yang mana mungkin disebabkan oleh penyakit tertentu ataupun kesan sampingan ubat-ubatan.

Oleh itu, adalah amat penting bagi mereka yang didapati mempunyai ciri-ciri penyakit ini untuk segera bertemu pakar agar tidak mengacam diri serta orang lain.

Abang sulung bakar rumah selepas terkena ‘gangguan’ halusinasi?

Namun, kejadian sama turut berlaku kepada seorang adik apabila abang sulungnya nekad membakar rumahnya selepas didakwa mengalami ‘gangguan’ halusinasi.

Mangsa, Rafidah Hussin, 46, mengakui rumah yang berstatus sewa itu hangus terbakar dalam kejadian pada 14 Oktober lalu.

Dia bersama adiknya, Rasiah, 40, yang merupakan penginap di rumah itu terpaksa menumpang di rumah sewa adik bongsunya di Pekan Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang juga merupakan ibu tunggal kepada lima orang anak.

Menurut Rafidah, punca abang sulungnya nekad membakar kediaman mereka oleh kerana ingin membunuh lembaga hitam di rumah tersebut.

Rafidah (dua dari kiri) bersama anak dan keluarga adiknya, Rasiah (tiga dari kanan) yang kini menumpang di sebuah rumah di Tanjung Sedili, Kota Tinggi baru-baru ini. (Sumber: Kosmo!)

Selain itu, dia juga tidak menolak dakwaan abangnya pernah mengambil barang terlarang. Bagaimanapun, dia merupakan seorang abang yang bertangungjawab.

Abang dakwa dia cuba bunuh lembaga hitam di mana akhir­nya dia mencederakan dirinya sendiri.

Sebelum bakar rumah sewa adik yang terletak sebelah rumah saya, abang sempat memaklumkan kepada adik supaya menghubungi pihak bomba.

Kami maklum dia ada ambil barang terlarang, namun dia seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Sungguh pun begitu, dia keluar bekerja sebagai nelayan kerana menanggung ibu

Alami kemurungan sejak berkenalan dengan seorang wanita

Tambahnya lagi, abangnya mula mengalami kemurungan selepas berkenalan dengan seorang wanita Indonesia yang sering meminta wang daripadanya.

Menurutnya, sejak berkenalan dengan wanita itu, abangnya sering berada dalam ketakutan sehingga nekad bertindak membakar rumah sewa mereka.

Bagaimanapun, dia juga menafikan dakwaan jika niat abangnya ingin membunuh mereka. Jika benar, perkara itu telah dilakukannya sebelum ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas