×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Dicekup khalwat Dengan Janda, Alasan Lelaki Ini Buat Pihak Berkuasa Terkejut

Oh! Tidak

Dicekup khalwat Dengan Janda, Alasan Lelaki Ini Buat Pihak Berkuasa Terkejut

Semakin hari, semakin kerap pula kita mendengar atau membaca berita mengenai pasangan yang masih belum berkahwin ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, sepasang kekasih ditahan kerana telah disyaki berkhalwat dalam sebuah rumah dalam serbuan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Seorang lelaki yang dipercayai bukan beragama Islam dikatakan telah memberi alasannya pergi ke rumah janda anak satu adalah disebabkan wanita itu mahu menjaganya demam sebelum rumah itu diserbu anggota JAIK.

Dalam serbuan jam 11.40 malam tadi, lelaki yang berumur 29 tahun itu ditemui berada dalam rumah wanita berusia 31 tahun di Taman Wira Mergong.

Ketika serbuan dilakukan, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai anak wanita itu turut ditemukan dalam rumah itu..

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan itu dilakukan setelah mereka mendapat maklumat daripada orang awam.

Ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

ADVERTISEMENT

Lelaki itu hanya diambil keterangan dan tidak ditahan kerana dia bukan Islam. Wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. – Kata Radzi

Selalunya kalau kita demam, kita akan duduk berehat dekat rumah je, tapi lelaki tu deman-deman pun larat lagi keluar sampai ke rumah perempuan tu. Husnuzon je la, mungkin demam lelaki tu betul-betul parah dan perlukan pemantauan orang lain, manalah kita tahu kan? huhuhu.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top