Connect with us

Oh! Media

Diajar Bersetubuh Dengan Adik Dari Kecil, Lelaki Mengaku Ketagih Sehingga..

Trending

Diajar Bersetubuh Dengan Adik Dari Kecil, Lelaki Mengaku Ketagih Sehingga..

Jenayah seksual dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini bukanlah satu perkara baru. Lebih membimbangkan apabila kegiatan ini berlaku di antara ahli keluarga sendiri.

ADVERTISEMENT

Walaupun sukar untuk dipercayai, golongan ini sebenarnya wujud dan lama kelamaan akan menjadi nanah. Seperti perkongsian aktivis, Syed Azmi, seorang lelaki mengaku ketagih dengan seks selepas diajar bersetubuh seawal usia 7 tahun.

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Tujuan saya menghubungi tuan kerana nak meluahkan satu penyakit saya. Saya tahu perbuatan saya salah tetapi saya tak dapat untuk mengawalnya. Ini kerana waktu umur saya 7 tahun kakak saya telah mengajar saya bersetubuh dengan adik perempuan saya umur 5 tahun.

Bermula dari kejadian itu saya menjadi ketagih dan sentiasa melakukan dengan adik saya sehingga umur belasan tahun, mak ayah tahu dan merotan saya dengan teruk. Tetapi ia masih tak dapat mengawal lagi nafsu saya sehinggalah saya bertemu jodoh waktu umur 25 tahun dengan seorang janda anak 1. Adik saya juga akhirnya kahwin selepas hamil dengan lelaki pilihan dia.

Menurut lelaki ini, sejak kejadian tersebut dia sentiasa berkeinginan untuk bersama dan menjadikan adiknya itu sebagai mangsa. Walaupun dirotan ibu bapa dengan teruk, dia tetap tidak berubah.

Sekadar gambar hiasan

Saya ingat, selepas berkahwin perkara itu terhenti di situ. Ia berlanjutan pula dengan anak tiri saya yang berumur 8 tahun ketika itu. Dan berlanjutan sampai tingkatan 2. Anak tiri saya tinggal di asrama dan ia sedikit sebanyak mengurangkan kegiatan kami tetapi masih lagi melakukan sesekali, dengan zaman sekarang, saya amat takut dengan undang-undang dan segala dosa-dosa saya.

Sekarang sy hidup berasingan tetapi tidak bercerai untuk mempelajari ilmu agama dan cuba melupakan tabiat saya itu. Saya cuma ingin memberi tahu, jangan lah menyalahkan lelaki dari segala hal yang buruk kerana ia ada sejarah disebaliknya.

Pada usia 25 tahun, lelaki ini akhirnya bertemu jodoh dengan seorang janda anak satu. Dia sangkakan tabiatnya akan berubah selepas berkahwin namun tidak apabila ia berlanjutan dengan anak tiri yang berusia 8 tahun.

Lebih menjijikkan apabila perkara tersebut berlanjutan sehingga anak tiri tingkatan dua. Kegiatan mereka berkurang apabila anak tiri tinggal di asrama.

Katanya, kini dia tinggal berasingan dengan isteri untuk mempelajari ilmu agama.

Kredit: Syed Azmi

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas