Connect with us

Oh! Media

“Dia Wanita Yang Cukup Sempurna” – Anak Kongsi Pengorbanan Ibu Buta Membesarkannya

Trending

“Dia Wanita Yang Cukup Sempurna” – Anak Kongsi Pengorbanan Ibu Buta Membesarkannya

Ibu merupakan insan yang bertanggungjawab melahirkan kita di muka bumi dan juga membesarkan kita menjadi anak yang berguna.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sedekahkan Al-Fatihah Kalau Rindu” – Dua Beradik Kini Yatim Piatu, Ibu Bapa Meninggal Akibat Pandemik

Didikan serta kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa sudah cukup menjadikan bekal buat kita untuk mengubah diri kita menjadi seorang insan yang mampu membanggakan mereka.

Sungguh besar pengorbanan mereka sehingga tidak mampu terkira oleh kita melainkan kita sendiri sebagai anak yang mampu membalas jasa mereka.

Kongsi kisah pengorbanan ibu buta

Namun, terdapat perkongsian daripada seorang wanita yang menceritakan bagaimana ibunya yang mengalami masalah penglihatan membesarkannya.

Perkara itu dikongsikannya di aplikasi TikTok bernama @syamimia_ yang dibesarkan oleh kedua ibu bapa kelainan upaya (OKU) sehingga berjaya menjadi anak yang sempurna.

Menerusi video tersebut, wanita itu mengakui ibunya menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam membesarkan dirinya termasuklah pernah dicemuh ramai orang.

Ibu saya merupakan seorang yang cacat penglihatan, bagi saya dia merupakan insan yang cukup sempurna.

Selain itu, dia juga turut menceritakan pekerjaan ibunya pada dahulu kala bagi mencari sumber rezeki untuk membesarkan 5 orang anaknya.

Dia menjual tisu pada waktu malam di kawasan Kuala Lumpur ,kadangkala wartawan mengambil gambarnya dan gelarnya sebagai pengemis sejak tahun 2000.

Saya pernah menemani umi ketika menjual tisu. Ramai yang melihat umi dan arahkan dia pergi.

Tambahnya, ibunya tidak pernah memaksa orang untuk membeli tisunya selain hanya menyapa dengan alunan suara yang lembut ketika menjual tisu.

@syamimia_

It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. ##foryou ##fyp ##mylife

♬ My Heart Will Go On – 吴奇 – 北京唯爱美艺文化传媒有限公司
@syamimia_

It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. #foryou #fyp #mylife

♬ My Heart Will Go On – 吴奇 – 北京唯爱美艺文化传媒有限公司
Link TikTok

Tak semua paham situasi kita

Menurut wanita itu, ibunya pernah berkata bahawa orang biasa seperti mereka sering dibenci oleh orang ramai selain turut digelar sebagai seorang pengemis ketika sedang berniaga.

Dia juga turut menjelaskan bahawa mungkin orang tidak paham akan kisah hidup keluarganya selain berharap agar mampu menjelaskannya pada suatu hari nanti.

Selain itu, dia juga memberitahu ibunya telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 1 Oktober di sisinya kerana menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.

Saya dilahirkan sebagai seorang wanita yang kuat dan umi telah melahirkan tiga orang anak perempuan yang cantik.

Mengakhiri video tersebut, dia juga turut menyatakan bahawa perkongsiannya itu hanya ingin memberikan penjelasan serta bukan untuk bergaduh atau berbalah.

Netizen turut sebak

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak tentang perkongsian itu selain turut mendoakan agar wanita itu terus kuat dan tabah.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 2 juta tontonan serta 300,000 tanda suka.

Kredit: TikTok syamimia_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas