Connect with us

Oh! Media

“Dia Tunjuk Kat Atas Tu” – Biar Anak Main Waktu Senja, Ada Yang Mengikut Masuk Rumah

Trending

“Dia Tunjuk Kat Atas Tu” – Biar Anak Main Waktu Senja, Ada Yang Mengikut Masuk Rumah

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah percaya dengan kewujudan makhluk halus. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ada sesetengah orang diberi keistimewaan dapat merasai kehadiran makhluk ini. Sebab itulah, orang tua-tua selalu berpesan jangan berada di luar rumah pada waktu senja untuk mengelakkan gangguan tidak diingini berlaku.

ADVERTISEMENT

Namun begitu, segelintir orang menganggap pesanan itu hanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak. Seperti kisah yang dikongsi wanita ini di laman Kami Suri Rumah, anak perempuannya berusia setahun empat bulan tiba-tiba merenung ke bilik air. Ketika ditanya, anak hanya menuding jari ke atas.

Padah suka lepak time Maghrib. Story sikit time Maghrib tadi, pelik tengok kelakuan anak girl saya umur setahun 4 bulan. Dia asyik tenung je dekat bilik air tu. Saya pun tanya dia, adik tengok apa? Dia pun tunjuk-tunjuk je kat atas tu. Nak cakap tak reti lagi. Cuma pandai tunjuk-tunjuk je. Saya pun seram semacam je tengok. huhuhu.

Untuk mendapatkan kepastian, wanita ini merakam video lalu meminta pandangan seorang rakan yang dikatakan mampu melihat makhluk halus.

Tunjuk video yang saya rakam, dekat kawan yang boleh tengok benda-benda halus ni. Dia cakap memang ada benda dekat atas tu dalam bilik air. Huhu lagi seram sejuk. Memang salah diri sendiri sebab bagi anak main dekat luar sampai Maghrib. Lepas masuk rumah tak bagi salam dan tak mandikan anak terus.

Dia berasa seram sejuk apabila rakan memberitahu memang ada ‘sesuatu’ di situ. Rakan menasihatinya untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, dia dinasihati agar segera memandikan anak apabila masuk ke rumah.

senja

Lepas ni no more again lepak-lepak luar time magrib. Beringatlah sebelum terkena. Benda-benda ni kita tak nampak. Yang nampak bertuah, yang tak nampak kita tahu kan. Huhuhu. Kawan saya ni cakap, benda ni baru lagi ada, jangan bagi dia duk lama-lama dalam rumah. Nasib la anak saya tak menangis. Sekian.

Selepas insiden itu, dia mengambil pengajaran tidak lagi membawa anak keluar pada waktu senja. Dia bernasib baik kerana anak tidak menangis atau meracau melihat perkara tidak sepatutnya.

senja
senja
senja
hantu

Kredit: Kami Suri Rumah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas