Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Tahu Langsung ‘Tidur’ Ibunya Itu Adalah Tidur Selamanya”

Trending

“Dia Tak Tahu Langsung ‘Tidur’ Ibunya Itu Adalah Tidur Selamanya”

Pemergian insan tersayang merupakan antara ujian yang sangat berat untuk dihadapi. Secara tiba-tiba, seseorang hilang tempat bergantung dan mengadu nasib. Inilah realiti yang perlu dihadapi kanak-kanak ini apabila ibunya yang menghidap penyakit kanser hati telah pergi selamanya.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di Facebook, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang gadis muda meminta bantuan untuk menguruskan ibunya yang meninggal dunia di rumah.

Menceritakan kisah pada malam kejadian, ketika sedang tidur anak-anak mendengar si ibu menjerit kesakitan lebih kurang jam 3 pagi. Melihat adik bongsu sedang menjaga ibu, si kakak yang berusia 16 tahun menyambung tidur seperti biasa.

Langsung tidak mengerti apa-apa, si adik turut tidur selepas menyangkakan ibunya telah tertidur selepas mengadu sakit. Namun, siapa sangka saat itu ibu telah pergi selamanya.

Menurut individu ini, sebelum jenazah dibawa keluar untuk urusan pengebumian, anak-anak diberi peluang terakhir untuk menatap dan mencium wajah ibu. Anak yang paling kecil peluk erat ibu sambil menangis.

Tidak mampu membayar kos pengurusan jenazah, bekas suami dengan riak resah memberitahu wang simpanannya telah habis kerana sebelum ini dua ahli keluarga telah meninggal dunia akibat Covid-19. Wajahnya yang nampak gelisah kembali tenang apabila mendapat tahu kos sepenuhnya ditanggung SPJM.

Meluahkan rasa syukur segala urusan telah selesai, Muhammad Rafieudin berterima kasih kepada petugas tanah perkuburan yang banyak membantu memudahkan urusan.

Kredit: Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas