Connect with us

Oh! Media

“Dia Bukan Jahat Cuma” – Isteri Gugur Kandungan, Beri Peluang Walau Tahu Suami ‘Sentuh’ Anak Sulung

suami

Oh! Tidak

“Dia Bukan Jahat Cuma” – Isteri Gugur Kandungan, Beri Peluang Walau Tahu Suami ‘Sentuh’ Anak Sulung

“Harapkan pagar, pagar makan padi.” Itulah yang dapat dikatakan mendengar perkongsian seorang pendengar di radio Zayan mengenai tindakan suami yang membuat gangguan seksual kepada anak sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Hairan Lihat Anak Pulang Menangis, Rupanya Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

Menurut pemanggil yang dikenali sebagai Nur, dia mendapat tahu mengenai kejadian hitam itu pada penghujung tahun 2021. Ketika itu dia sedang hamil anak ketiga.

Perbuatan suaminya terbongkar selepas anak perempuan sulungnya membuka mulut menceritakan insiden trauma membabitkan si ayah.

Sebenarnya, anak saya 2 orang. Pada penghujung 2021, saya disahkan mengandung anak ketiga. Dalam tahun yang sama, berlaku satu trauma yang besar dalam hidup saya.

Anak pertama saya perempuan, anak kedua saya lelaki. Anak pertama saya beritahu satu perkara yang mengejutkan, yang mana saya dapat tahu suami saya seorang pedofilia.

Sebagai seorang ibu, dia berasa sangat terkejut dan tertekan sehingga nekad menggugurkan kandungan yang baru berusia 2 minggu ketika itu.

@zayan.my Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – ZAYAN

Nur tidak mahu anak yang dikandung menerima nasib yang serupa seperti si kakak. Apa yang mengejutkan, Nur mendedahkan dia memberi peluang kedua kepada suami.

Saya berbincang dengan keluarga. Jadi ayah saya.. sebab suami saya bukan seorang yang jahat. Dia tak pernah abai nafkah, tanggungjawab. Cuma…

Keputusan itu diambil selepas Nur berbincang dengan ahli keluarga. Keluarga membawa suami mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Selepas rawatan, suami menunjukkan perubahan namun sehingga ke hari ini Nur masih trauma. Nur yang merupakan suri rumah juga mengaku sudah terlalu penat dari segi mental.

Kredit: TikTok @zayan.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas