Connect with us

Oh! Media

Dewan Rakyat Kecoh, GPS-Bintulu Hina DG Hisham

Trending

Dewan Rakyat Kecoh, GPS-Bintulu Hina DG Hisham

Sepertimana yang kita tahu, wabak Covid19 di Sabah semakin hari semakin meningkat naik dan perkara ini telahpun dibahaskan oleh Datuk Seri Tuong King Sing di dalam sidang Dewan Rakyat. Tapi, jadi lain pula selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Yang Berhormat (YB) semua duduk… tolong duduk Jelutong, macam mana saya nak buat keputusan jika kamu berdiri, tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk!

Jelutong, saya beri amaran jika tidak duduk kamu keluar. Kamu enggan duduk, bentara keluarkan Jelutong. 

Sebenarnya, Dewan Rakyat jadi kecoh selepas King Sing menuduh Ketua Pengarah Kesihatan kita, DG Hisham takut mati kerana tidak mahu turun padang dan hanya baca laporan harian sahaja. Perkara ini buatkan Ahli Parlimen Jelutong, S N Rayer tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan King Sing itu.

DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.

Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati

Sebelum diarahkan keluar kerana tidak mendengar arahan Timbalan Speaker, Rayer telah mendesak supaya King Sing jangan kurang ajar dan meminta agar dia menarik balik kenyataan serta menyifatkan Dr Noor Hisham yang merupakan selaku barisan hadapan adalah individu yang perlu dihormati. 

Tapi betul juga, siapa je yang tak benggang bila dengar macam tu betul tak? Kita patutnya hormat kepada Dr Noor Hisham yang sebenarnya telah bertungkus lukus usaha bagi memutuskan rantaian Covid19 di Malaysia.


Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Dewan Rakyat kecoh di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas