Connect with us

Oh! Media

“Depa Lenggang Kangkung Ja” – Tunggu Lift Asyik Penuh, Wanita Ini Kecewa Ramai Kurang Peka

Trending

“Depa Lenggang Kangkung Ja” – Tunggu Lift Asyik Penuh, Wanita Ini Kecewa Ramai Kurang Peka

Bertolak ansur dan ada ‘common sense’ dengan keadaan sekeliling merupakan satu perkara yang sangat utama. Janganlah pula mementingkan diri sendiri sehingga mengundang bahaya kepada orang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Kaki Budak Lelaki Tersepit Pada Eskalator, Operasi Menyelamat Ambil Masa Hanya 6 Minit

Seperti luahan yang dibuat seorang wanita ini, dia kecewa apabila ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang malas menggunakan eskalator ketika berkunjung ke shopping mall.

Difahamkan dia dan suami bersama dua anak kecil yang menggunakan stroller sudah menunggu selama 4 pusingan untuk turun dari tingkat dua ke lower ground (LG). Namun keempat-empat pusingan lift penuh orang.

Lebih mengecewakan apabila orang yang menggunakan lift adalah anak muda yang sihat dan tangan ‘kosong’.

Dah hilang sabar menunggu, dia akhirnya membuat keputusan untuk turun menggunakan eskalator.

Wanita ini memohon orang ramai lebih sensitif dengan ibu bapa yang bawa stroller atau golongan tua yang berkerusi roda. Katanya, berilah keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Harap kita semua lebih peka lepas ni, kalau tangan kosong tu, apa salahnya guna eskalator kan?

Kredit: Instagram Wanis Adam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas