Connect with us

Oh! Media

Demi Keselamatan Pelajar, Kerani Dan Pekerja Am Perlu Buat Saringan

kerani dan pekerja am

Trending

Demi Keselamatan Pelajar, Kerani Dan Pekerja Am Perlu Buat Saringan

Beberapa negeri telah dibenarkan untuk melakukan sesi persekolahan secara bersemuka. Oleh itu, kakitangan khidmat sokongan, termasuk kerani dan pekerja am diminta melakukan ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19 secara berkala sepanjang berlakunya sesi persekolahan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti” – KJ

Menurut Berita Harian, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, langkah ini bagi mengawal penularan dalam kalangan kakitangan, pekerja dan melindungi pelajar serta warga sekolah.

Lengkap vaksinasi

kerani dan pekerja am

Datuk Mohamad Alamin menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan pekerja khidmat sokongan termasuk kerani perlu melengkapkan vaksinasi mereka dan melakukan ujian kendiri secara berkala demi keselamatan anak-anak di sekolah.

Menerusi laman Berita Harian, Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini membenarkan pembukaan sekolah bagi murid tahap satu di negeri dan daerah yang sudah mencapai Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Langkawi, Labuan serta Negeri Sembilan sudah pun memulakan sesi persekolahan sejak Ahad dan Isnin lalu.

Sekolah berasrama dan sekolah harian akan dibekalkan kit ujian kendiri Covid-19 bagi pengoperasian sekolah secara berperingkat mengikut fasa dalam PPN.

Mohamad Alamin menegaskan bahawa tiada lagi alasan boleh diberi oleh guru yang enggan divaksin tanpa sebab munasabah kerana, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling mengarahkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin.

Soalan yang diberikan oleh Senator Datuk A kesavadas telah dijawab rapi oleh Mohamad, iaitu KPM merangka persiapan menghadapi situasi yang diluar jangkaan, terutama jika berlaku penularan mendadak Covid-19 di sekolah-sekolah tertentu.

Kita sudah arahkan, minta supaya mereka ambil vaksin secara keseluruhannya mengikut pekeliling JPA yang dikeluarkan pada 30 September lalu berhubung syarat vaksinasi lengkap. Dalam arahan itu cukup jelas, mereka kena taat dan ikut.

Kita sudah merangka persiapan dan bersedia menghadapi jika berlaku kenaikan kes pada waktu persekolahan. Sudah pasti kita amat bimbang dengan situasi ini, namun jaminan kita kepada pelajar yang akan hadapi peperiksaan, kita akan pastikan mereka dapat akses pembelajaran sewajarnya.

Semoga usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk membantutkan penularan Covid-19 ini berjaya dan semua anak-anak disekolah dapat dilindungi keselamatannya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas