Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Palsu Dipercayai Peruntuk RM4 Juta Sebulan Untuk Rasuah, Siapa Dapat?

Oh! Tidak

Datuk Seri Palsu Dipercayai Peruntuk RM4 Juta Sebulan Untuk Rasuah, Siapa Dapat?

Macau Scam peruntukkan dana yang besar samata-mata untuk rasuah pihak berkuasa? Ya, inilah apa yang didedahkan Utusan Malaysia yang menyatakan sejumlah RM2 juta hingga RM4 juta sebulan diperuntuk hanya untuk menutup mulut pihak berkuasa.

Jumlah ini dikeluarkan oleh seorang Datuk Seri palsu bagi memastikan aktiviti haram yang dilakukannya dilindungi.

Jika dalam 1 bulan perlu belanjakan sebanyak RM4 juta, ini bermakna banyak pihak yang telah terlibat untuk menutup kes mereka.

Hasil siasatan setakat ini juga mendapati hampir 100 orang individu dipercayai merima wang rasuah ini dari Datuk Seri terbabit.

Ini termasuk individu berpengaruh, pegawai dan polis yang telah ditahan atau disiasat oleh SPRM. Wang itu ‘dibayar’ untuk melindungi jenayah Macau Scam dan perjudian dalam talian serta memberikan maklumat jika pihak berkuasa merancang serbuan. – Kata Sumber Utusan.

Datuk Seri palsu itu dikenali sebagai Goh Leong Yeong atau Alvin yang sebelum ini telah melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sehingga ke hari ini masih belum sebarang perkembangan penangkapan semula suspek dan kita masih menunggu perkembangan terkini.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top