Connect with us

Oh! Media

Datuk Lokman Ditahan Polis Ketika Live Facebook Dengan Tajuk “MP Bakal Disogok RM3 Juta…”

Trending

Datuk Lokman Ditahan Polis Ketika Live Facebook Dengan Tajuk “MP Bakal Disogok RM3 Juta…”

Siapa tak kenal dengan Datuk Lokman Noor Adam yang pada waktu ini cukup rancak membincangkan kesalahan yang mungkin dilakukan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENT

Apa-apapun, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu telahpun ditahan oleh pihak polis malam tadi ketika sedang melakukan Facebook Live dengan tajuk, “SETIAP MP BAKAL DISOGOK RM 3 JUTA PERUNTUKKAN JIKA BAJET 2021 DILULUSKAN? BIAR BETUL?“.

Lokman dipercayai ditahan ketika berada di sebuah restoran miliknya berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 11 malam.

Lokman mengesahkan penahanannya itu di Facebook dengan memohon agar peguamnya dihantar ke JSJT Bukit Aman.

Mohon hantar peguam ke USJT (Unit Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman. Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Tulisnya.

Setakat ini masih belum ada sebarang perkembangan mengenai Lokman atau dari pihak berkuasa.

Kredit: Facebook Lokman Noor Adam

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas