Connect with us

Oh! Media

Datuk Khadijah Ibrahim Beri Respon Isu Cucu Cabul Sepupu SendiriĀ 

Datuk Khadijah Ibrahim

Oh! Tidak

Datuk Khadijah Ibrahim Beri Respon Isu Cucu Cabul Sepupu SendiriĀ 

Penyanyi senior, Datuk Khadijah Ibrahim mengaku bahawa remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah pada Disember lepas adalah cucunya.

ADVERTISEMENT

BACACucu Penyanyi Terkenal Berpangkat Datuk Didakwa Cabul Sepupu Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Penyanyi itu juga memaklumkan yang kedua-dua cucunya itu bercinta dan masalah itu timbul disebabkan hasutan daripada orang luar menerusi temu bual pihak Melodi.

Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta”.

Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya. Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil antara dua orang bercinta.

Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka. Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar.

Kadang-kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik.

Khadijah juga tidak kisah jika kontroversi ini tempias kepadanya selepas anggap apa yang berlaku ini bukanlah satu perkara yang tragis.

Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang sayasayang.

Saya selalu cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okay.

Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ia perkara remeh.

Kredit: Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas