Connect with us

Oh! Media

Datuk Didakwa, Dua Kali Cabul Cucu

Trending

Datuk Didakwa, Dua Kali Cabul Cucu

Jika korang sudah bergelar seorang datuk, mesti akan sayang cucu gila-gila dan kadang-kadang lebih daripada anak sendiri. Lain pula jadinya di Terengganu, seorang datuk yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mencabul cucunya sendiri. Apa punya datuk lah ni, kuat lagi nafsu tu ya?

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, datuk tersebut telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan atas kelakuannya itu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pertuduhan pertama berlaku di pondok rehat taman permainan di Dungun 4 pada pertengahan bulan Oktober lepas dimana suspek melakukan amang seksual terhadap cucu tiriya yang baru saja berusia 8 tahun. Bukan tu jer, suspek juga didakwa mencabul mangsa di rumah pada 4 November lepas atas pertuhan kedua.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, manakala hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.Hukuman ke atas suspek telah berjalan secara berasingan bermula pada 7 November lepas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas