Connect with us

Oh! Media

Datuk Ayob Khan Ketuai Misi Berkas Sindiket Macau Scam Warga China

Trending

Datuk Ayob Khan Ketuai Misi Berkas Sindiket Macau Scam Warga China

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay meneruskan tugasnya dengan cemerlang apabila baru-baru ini mengetuai operasi benteras sindiket Macau Scam di Johor.

ADVERTISEMENT

Hasil dari siasatan terperinci, seramai 43 individu termasuk 41 warga China telah ditahan di sebuah hotel Kluang pada jam 10 pagi semalam.

Sebelum ini, sindiket terbabit beroperasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Mereka beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang dan mensasarkan warga China di China. Kami menahan 43 suspek terdiri daripada 39 lelaki warga China, dua wanita warga China dan dua wanita tempatan berumur 18 hingga 40 tahun. – Katanya.

Sebanyak 35 komputer riba dan 593 telefon bimbit telah dirampas dalam serbuan terbabit.

Bila kita cerita tentang sindiket Macau Scam, banyak juga rakyat Malaysia yang telah tertipu dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Sekiranya korang mengetahui sebarang aktiviti yang mencurigakan, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar tindakan boleh diambil.

Kredit: Polis Johor




+ Baca respon pembaca yang pernah dihubungi scammer di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas