Connect with us

Oh! Media

“Daripada Main Perempuan, Baik Nikah” – ‘Raja Playboy’ Kahwin 87 Kali Hanya Bermodalkan Ayat Manis

Trending

“Daripada Main Perempuan, Baik Nikah” – ‘Raja Playboy’ Kahwin 87 Kali Hanya Bermodalkan Ayat Manis

Di Indonesia, seorang lelaki digelar ‘raja playboy’ selepas bernikah sebanyak 87 kali. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Memetik laporan portal Detik, Kaan berkahwin kali pertama ketika usianya 14 tahun dengan seorang gadis berusia 16 tahun.

Iya betul, saya pernah menikah 87 kali.

Namun, hubungan yang dibinanya tak tahan lama. Paling singkat, usia pernikahannya hanya bertahan beberapa minggu. Ada juga usia pernikahan Kaan yang mencapai puluhan tahun.

Kahwin kerana kuat nafsu

Foto: detik.com

Kata Kaan lagi, dia ‘mengayat’ isteri-isterinya bermodalkan ayat manis je. Dah nama pun playboy kan? Dalam 87 kali berkahwin tu, 46 orang yang dinikahinya adalah anak dara. Yang selebihnya wanita sama umur dan yang lebih tua.

Lelaki yang kini berusia 61 tahun ni dengan tegas menolak zina, jadi dia pilih untuk nikah je.

Saya enggak mau memainkan perempuan, kasihan juga anak orang, daripada saya ‘jajan’ di jalan mending nikah, karena saya orangnya suka memuaskan nafsu birahi saya. Kalau perempuan udah enggak memuaskan saya ya udah dicerai.

Selama berkahwin, Kaan mempunyai 7 orang anak perempuan daripada 6 orang ibu berlainan. Katanya lepas ni Kaan rancang nak rujuk semula dengan bekas isterinya yang ke-86.

Kaan bagaimanapun mengaku perbuatannya ini contoh tak baik. Akibat kerap kahwin, dia jadi susah makan dan tidur kerana sering fikirkan perempuan.

Dia menasihati orang ramai menjadikan kisahnya ini sebagai pengajaran kerana ianya bukanlah perkara yang boleh dijadikan ikutan.

Kredit: Detik | TribunNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas