Connect with us

Oh! Media

Dapur Terbakar 30 Peratus Gara-Gara Dua Beradik Main ‘Bakar-Bakar’ Kertas

Trending

Dapur Terbakar 30 Peratus Gara-Gara Dua Beradik Main ‘Bakar-Bakar’ Kertas

Di Johor Bahru, dua orang kanak-kanak nyaris rentung apabila rumah yang didiami keluarga terbakar 30 peratus di bahagian dapur akibat bermain api ketika ketiadaan ibu mereka di rumah.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Kosmo, hasil maklumat yang diterima oleh pihak bomba kejadian yang berlaku di Bandar Penawar itu melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 12 tahun dan adiknya lima tahun.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 12.49 semalam.

Kredit : JBPM Johor

Ketika Pasukan Keluar Operasi (PKO) sampai, keadaan api masih marak di bahagian dapur yang dibina daripada struktur kayu.

Tambahnya, ayah daripada kanak-kanak berkenaan keluar bekerja manakala ibunya pula keluar sebentar kerana mempunyai urusan.

Menurut sumber, kebakaran berpunca berlaku disebabkan adik perempuannya bermain ‘bakar-bakar’ menggunakan kertas di dapur yang menyebabkan 30 peratus bahagian dapur terbakar.

Menyedari akan kejadian, kakaknya terus menjerit meminta tolong jiran-jiran dan api dapat dikawal setibanya pihak bomba sampai di lokasi sebelum api merebak ke seluruh rumah.

Kredit : Kosmo Online

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas