Connect with us

Oh! Media

Dakwa Kena Gangguan Seksual, Polis Minta Pengguna Twitter Buat Laporan

Trending

Dakwa Kena Gangguan Seksual, Polis Minta Pengguna Twitter Buat Laporan

Meraih lebih 2,000 retweet di Twitter, seorang gadis mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual polis yang menaiki kereta peronda (MPV).

ADVERTISEMENT

BACA: Bukit Aman Tarik Tugas 2 Polis Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Di Sekatan

Bersama ciapan itu, pemilik akaun Twitter bernama ‘Lord Pretty’ turut memuat naik foto kereta peronda polis Honda Civic dengan jelas.

Susulan itu, pihak polis memohon gadis itu tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, gambar kereta yang dimuat naik gadis itu disahkan kereta peronda polis milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pihak polis meminta pemilik akaun Twitter itu untuk tampil membuat laporan polis dan keterangan beliau dapat diambil bagi membantu siasatan.

Pihaknya akan melakukan siasatan terperinci untuk mengesahkan sama ada dakwaan sahih atau tidak. Jelasnya lagi, tindakan akan diambil jika anggota melakukan kesalahan seperti yang didakwa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas