Connect with us

Oh! Media

Dakwa Isteri Ada Skandal, Lelaki Bawa Senapang Terjah Rumah Bekas Jiran

Trending

Dakwa Isteri Ada Skandal, Lelaki Bawa Senapang Terjah Rumah Bekas Jiran

Apa perasan korang kalau korang tengah berehat dekat rumah time cuti tiba-tiba bekas jiran datang rumah marah-marah dekat korang? Haaa, itulah situasi yang dialami oleh seorang lelaki yang tinggal di Sungai Semambu, Bukit Mertajam.

ADVERTISEMENT

Bekas jiran kepada lelaki itu juga telah datang ke rumahnya bersama dengan selarang senapang angin dalam keadaan berang dan mengamuk, sambil menuduh mangsa mempunyai skandal dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah berkata, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu menyedari kehadiran suspek selepas dia memecahkan cermin tingkap nako rumahnya.

Ketika pengadu (mangsa) membuka pintu, suspek yang berada di hadapan rumahnya telah mengacukan senapang angin ke arah lelaki itu.

Suspek meminta pengadu mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya, namun perkata itu dinafikan sebelum dia melepaskan dua das tembakan amaran (ke udara). – Kata Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad.

Shafee berkata, suspek kemudiannya beredar dari rumah mangsa dan sempat mengeluarkan kata-kata ugutan akan membunuh lelaki itu sekiranya dia membuat laporan polis.

Supek berusia 30-an itu bagaimanapun telah berjaya ditahan polis semalam dan polis turut merampas selaras senapang angin.

Siasatan polis mendapati mereka sebelum ini berjiran selang beberapa rumah sebelum suspek berpindah keluar dari kawasan perumahan kampung itu pada april April tahun lalu. – Katanya

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas