Connect with us

Oh! Media

Dakwa HIV Sebagai Hukuman Daripada Tuhan, Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Netizen

Trending

Dakwa HIV Sebagai Hukuman Daripada Tuhan, Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pegawai perubatan yang mengulas tentang pengalaman kerjanya di aplikasi TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: Mohon Fasakh Kerana Suami Hidap HIV

Menurut pegawai yang dikenali sebagai Mohd Izham itu, dia menceritakan tentang seorang pesakit yang didapati positif HIV oleh kerana melakukan beberapa hubungan seksual.

Menerusi video tersebut, pesakit yang dikenali sebagai Azrul itu mengadu kepadanya mengenai masalah kesihatan yang dialami pada bahagian kemaluannya.

Beliau juga menjangkakan bahawa pesakit mungkin mengalami Sifillis dan Gonorrhea sebelum disahkan menghidap HIV selepas menjalani ujian darah.

Namun, pada pengakhirian video tersebut, beliau mendakwa bahawa penyakit yang menimpa pesakit tersebut merupakan hukuman daripada tuhan akan perbuatannya itu.

Dakwaan pegawai perubatan itu tidak wajar

Bagaimanapun, ulasan seorang pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis itu telah menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh Malaysian AIDS Council di laman Twitter, mereka menyatakan bahawa dakwaan penyakit HIV adalah sebahagian daripada hukuman tuhan adalah tidak wajar.

Selain itu, dakwaan itu juga mampu mengeruhkan usaha kerajaan untuk menentang stigma buruk dan diskriminasi yang selalu ada pada pesakit HIV di kalangan masyarakat di Malaysia.

Menurutnya lagi, seorang pekerja kesihatan seharusnya memberikan rawatan tanpa sebarang stigma buruk bagi memastikan maklumat yang betul disampaikan.

Pekerja Kesihatan seharusnya memberikan rawatan tanpa sebarang stigma dan diskriminasi berlaku di fasiliti kesihatan. Majlis AIDS Malaysia berharap semua yang bekerja dalam bidang kesihatan

Untuk memastikan maklumat dan cara penyampaian berkenaan HIV dilakukan dengan betul dan selari dengan wawasan KKM dan Pelan Strategik Nasional Ending AIDS 2030.

Tambahnya lagi, pihak MAM juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai AIDS Negeri Perlis untuk membuat siasatan lanjut berkenaan perkara tersebut.

Menurut sumber, pegawai perubatan tersebut sudah pun menutup akaun TikTok beliau sehari selepas videonya tular di media sosial.

Netizen turut beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi selain turut menyokong tindakan mereka membuat laporan terhadap individu tersebut.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 1,000 tanda suka serta 1,000 tweet semula.

Kredit: Twitter @ardnie dan Malaysian AIDS Council

+ Bacan respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas