Connect with us

Oh! Media

“Dah Macam Kubur”, Tular Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Kononnya Dapat ‘View’ KLCC

Bilik sewa

Trending

“Dah Macam Kubur”, Tular Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Kononnya Dapat ‘View’ KLCC

Realiti hidup di bandar Kuala Lumpur ini sememangnya perit kerana boleh dikatakan semuanya mahal terutamanya sewa rumah.

ADVERTISEMENT

Harga bagi bilik sewa juga boleh tahan tinggi membuatkan ramai individu yang merantau terpaksa hidup dalam suasana tidak menyenangkan.

Seperti perkongsian seorang wanita ini yang tular di Twitter, menunjukkan sebuah bilik sewa yang terletak di Taman Maluri, Cheras.

Gambar itu mendapat perhatian ramai warganet kerana saiznya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan harga sewa ditetapkan iaitu RM300.

Jelasnya, tuan rumah juga turut berkata kelebihan bilik itu adalah berdekatan dengan LRT, pusat beli belah Pavilion serta KLCC ‘view’.

Ramai netizen memberikan reaksi dan komen masing-masing di mana rata-ratanya sangat terkejut dengan bilik sekecil itu dan harga sewanya yang ‘mencekik darah’.

Selain itu, ramai turut menunjukkan bilik sewa mereka, ada yang sempat meletakkan iklan untuk mencari ‘roomate’ serta segelintir dilihat mencadangkan bilik atau rumah yang lebih berbaloi.

Kredit: Twitter @flwrsxB

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas