Connect with us

Oh! Media

Dah Boleh Buat Akad Nikah Di Dewan, Hotel Dan Tempat Khas?

nikah

Oh! Tidak

Dah Boleh Buat Akad Nikah Di Dewan, Hotel Dan Tempat Khas?

Sudah lama majlis akad nikah berlangsung hanya di masjid dan pejabat agama sejak berlakunya pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: JAIS Benarkan Majlis Akad Nikah Bersemuka Di Selangor, Tapi Ada Syaratnya..

Kini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah untuk berlangsung di tempat-tempat sewaan seperti hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula 5 November.

Tidak boleh buat majlis akad nikah di rumah

nikah

Walaupun banyak tempat-tempat sudah dibenarkan, namun Jawi masih tidak membenarkan majlis ini dilakukan di rumah atau kediaman persendirian.

Menurut Kosmo, Jawi menetapkan kehadiran majlis akad nikah di pejabat seramai 10 orang, termasuk jurunikah dan dua orang saksi. Majlis ini juga hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi pihak jawi atau masjid dan seorang jurugambar.

Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

Selain itu, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tetamu yang dibenarkan untuk hadir ke majlis akad nikah hanya kepada mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi. Jadi, kalau ada yang belum lengkap dos vaksinasi tu janganlah cuba-cuba untuk datang okay..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas