Connect with us

Oh! Media

Daftar Orang Awam Secara Automatik, Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

Trending

Daftar Orang Awam Secara Automatik, Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila beberapa individu mengakui terkejut dan mendapati maklumat peribadi mereka didaftar secara automatik sebagai anggota Rela di dalam sistem MyRELA walaupun tidak pernah berdaftar sebagai anggota sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Perkara yang tular itu menjadi tanda tanya netizen perihal Rela yang mendaftarkan orang awam sebagai anggota mereka secara automatik dan kenyataan itu mendapat tindak balas daripada pihak Rela.

Menurut Laporan Kosmo, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagaimanapun menafikan dakwaan pihaknya telah menggunakan data peribadi orang awam bagi mendaftarkannya sebagai anggota secara automatik tanpa kebenaran.

Tambahnya lagi, perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dakwaan menggunakan data peribadi seseorang lain untuk didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik tanpa mendapat kebenaran individu berkenaan adalah tidak benar.

Rela berkata, pihaknya akan segera mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman dalam tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 berkuat kuasa.

Rela tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

Menjelaskan cara menjadi ahli, Rela memaklumkan bahawa permohonan bagi mendaftar diri sebagai anggota Rela hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah seperti dinyatakan dalam Seksyen 7(1) Pendaftaran sebagai anggota Rela, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) tahun 2012.

Di bawah seksyen ini dinyatakan seseorang berumur 18 tahun dan ke atas yang merupakan warganegara dan bukan anggota angkatan tentera atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di mana-mana undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulus kepada Ketua Pengarah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas