Connect with us

Oh! Media

Culik Kanak-Kanak Dan Paksa Lelaki OKU Rakam Aksi ‘Jijik’, Seorang Individu Ditahan

Oh! Tidak

Culik Kanak-Kanak Dan Paksa Lelaki OKU Rakam Aksi ‘Jijik’, Seorang Individu Ditahan

Menjijikkan! Itulah ayat yang sesuai digambarkan kepada seorang individu yang disyaki terlibat dalam dua kesalahan jenayah sekaligus pada hari yang sama.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Cabul 2 Beradik, Penjaga Pusat Anak Yatim Berdepan 100 Tuduhan Amang Seksual

Berdasarkan laporan polis, lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan telah menculik dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun serta menyamun seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin, lelaki tersebut telah pun ditahan oleh pihak berkuasa pada pukul 4.45 petang semalam di Kangkar Baru, Yong Peng.

Sumber: Kosmo!

Operasi yang dijalankan itu turut merampas sebuah kenderaan Jenis Proton Waja dan suspek kini telah ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Disember.

Samun lelaki OKU, sempat suruh rakam perbuatan amang seksual dengan kanak-kanak

Kata Ayob Khan, kejadian tersebut berlaku pada 14 Disember lalu apabila suspek bertindak menculik kanak-kanak tersebut di hadapan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai kira-kira pukul 5 petang.

Tambahnya, suspek turut membawa mangsa menaiki kenderaan ke Stulang Laut sebelum sempat menyamun seorang lelaki OKU berusia 20 tahun.

Datuk Ayob Khan Mydin

Kemudian pada pukul 5.30 petang, suspek membawa mangsa menaiki kenderaan ke Stulang Laut dan telah menyamun RM500 terhadap seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 20 tahun.

Lebih menjijikkan, lelaki tersebut turut memaksa OKU tersebut untuk merakam perbuatannya melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak tersebut di dalam kereta miliknya.

Suspek kemudian mengarahkan OKU berkenaan untuk merakam perbuatan amang seksual terhadap mangsa kanak-kanak dalam kenderaan dipandu suspek.

Bagaimanapun, mangsa OKU itu kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan selamat, manakala mangsa kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam di hadapan sebuah kedai makan di Kangkar Pulai dalam keadaan ketakutan.

Mengulas lanjut, kes akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas